Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli a'la saidina Muhammad wa a'la aalihi wasohbihi wassalam.
Ehem2,, lama dah tak update blog.
so hari ni nak post something yang saya dah lama sangat nk post =)
which is
warkah cinta buat ayah yang dirindui.
hopefully post kali ni akan memberi manfaat bagi sahabat2 di luar yang masih mempunyai ayah.
Ayah, terima kasih untuk segalanya
Terima kasih kerana membesarkan akak,
Terima kasih untuk doa2 yang ayah pohon buat anakmu ini
Terima kasih atas setiap titis peluh ayah bekerja untuk menyekolahkan akak
Terima kasih kerana memberi akak wang belanja dari akak sekolah rendah hingga akak ke universiti
Terima kasih atas setiap nasihat & pesanan ayah buat akak
Terima kasih ayah!
Untuk segalanya.
Setiap kali akak teringat kenangan lalu bersama ayah, pasti air mata ini mengalir,,
terlalu rindu pada seorang insan yang akak panggil 'ayah'.
Memori sewaktu akak masih di sekolah rendah kembali menerjah,
setiap kali akak dapat keputusan cemerlang, pasti ayah akan mengucapkan tahniah,
Seingat akak suatu malam ayah ambil akak balik dari tusyen, akak sibuk becerita bagaimana akak mampu menghafaz sifir 1 hingga sifir 12 dalam bahasa inggeris dengan lancar!
bangga dengan pencapaian diri ketika itu. =D
Ayah pon gembira seolah-olah akak mendapat kejayaan yang besar!
Padahal, hanya sifir sahaja,,,,
Tapi kerana melihat ayah gembira, akak jadi lebih bersemangat untuk belajar,
sebab akak tahu, ayah & mama akan gembira dan ucap tahniah..
itulah sebab akak berusaha lebih gigih.
Insan yang akak panggil 'ayah',,, tersenyum gembira melihat si anak berjaya.
Ayah, akak rindu senyuman itu!
hari anugerah cemerlang PMR 2012
(dari kiri : ayah, mama & saya)
^_^
Teringat dahulu bagaimana ayah sabar menunggu & menjemput akak pulang di stesen bas seawal 5 pagi, setiap kali hujung bulan akak akan pulang dari asrama. Selama 2 tahun akak bersekolah di Terengganu, itulah rutin ayah, mengambil akak di stesen bas.
Ayah akan keluar rumah seawal jam 4.30 pagi, kemudian ayah akan terus ke stesen bas Putra untuk mengambil akak. Sampai di rumah ayah akan solat subuh & bersiap untuk kerja. ayah menunggang motornya yang kecil untuk menghantar adik2 yang masih bersekolah rendah dahulu. kemudian ayah straight ke tempat kerjanya. Bila sudah lewat senja, baru ayah pulang ke rumah. Kadang2 selepas maghrib ayah akan bawa kami sekeluarga keluar berjalan,,,
mungkin sebab anak2nya yang bersekolah asrama pulang, jadi ayah akan bawa kami berjalan pada waktu malam. Bukan berjalan kemana sangat, sekadar makan diluar & membeli barang2 asrama yang kehabisan di supermarket.
Tidak penatkah ayah?
Dari sebelum subuh, sehingga lewat malam, tidak ada rehat.
Dengan tubuhnya ayah yang kurus, ayah tetap bekerja kuat membahagiakan kami sekeluarga.
Teringat sewaktu hari pertama mendaftar di Asasi Sains Uitm Puncak Alam, ayah mengangkut beg2 besar akak sehingga ke tingkat 6, semata-mata ayah tak mahu akak terlewat mendengar taklimat pelajar baru pada petang itu.
Kuatnya ayah, sedangkan ketika itu ayah sudah sakit, namun tiada siapa yang tahu melainkan Allah sahaja.
Sebulan kemudian, ayah masuk hospital kerana batuknya yang teruk.
Sebenarnya ayah sudah batuk selama sebulan iaitu pada bulan Ramadhan 2015.
Doktor sahkan ayah kanser paru-paru tahap 4. ALLAH! besarnya ujian ini!
Sewaktu ayah sakit di hospital, tiada bakti yang dapat akak berikan untuk ayah, melainkan akak mampu mengambilkan ayah wudhuk & solat bersama ayah. itu sahaja.
Ayah,, mengalir air mata ini teringat betapa ayah masih memikirkan tentang kami sekeluarga, ketika saat ayah sudah kritikal di hospital.
akak masih ingat, sewaktu ayah terbaring di katil hospital, ayah tak mampu bercakap sebab doktor memasang tiub pernafasan dari mulut ayah terus ke paru2,
Ayah mengeja tiap2 huruf dengan menggerakkan jari pada susunan alphabet diatas kertas,,,
malam sebelum akak pulang ke uitm, ayah tanya pada akak dengan mengeja tiap patah katanya diatas kertas, "BILA LAGI NAK DATANG TENGOK AYAH DI HOSPITAL?" akak sangat sebak. Seolah2 itulah perbualan akak yang terakhir dengan ayah. Akak jawab, "AKAK BOLEH DATANG BILA2 JE AYAH, UITM TU DEKAT DENGAN HOSPITAL NI" kemudian ayah tanya lagi, "R.A.M (duit) CUKUP TAK?'
air mata akak mengalir deras, akak tak mampu menjawab, lama akak menangis sebelum menjawab pertanyaan ayah, 'AKAK ADE DUIT, AYAH JANGAN RISAU'....
Dan memang benar, itulah saat terakhir akak bersama ayah. kerana malam esoknya ayah pergi menghadap Pencipta.
Ayah,, disaat akhir hidupmu, ayah masih memikirkan anak2 yang masih belajar, sama ada cukup wang belanja atau tidak, siapa yang hendak hantar akak pulang ke uitm malam itu, siapa yang akan menghantar adik2 pulang ke asrama nanti, sebab ayah sakit di hospital.
Ayah, tidak sekali ayah bertanya bagaimanakah dirinya. Yang ayah tanya, adalah tentang kami, anak2nya.
Ayah, akak rindu sangat!
Setiap kata-kata semangat yang ayah berikan, membuatkan akak ingin terbang lebih tinggi menggapai kejayaan, tapi sekarang ayah sudah tiada..
Ayah kembali kepada penciptanya pada hari Isnin, 10 Syawal 2015.
Alfatihah.
Ayah, moga kita jumpa lagi di syuga nanti.
Salam rindu buat ayah,
Aku Doktor Ummah ^_^
gambar raya kami sekeluarga 2014 =)