Saturday, 31 January 2015

Petrosains with adik2ku!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbila'lamin.

Entri kali ni saya ingin berkongsi kisah weekend kami adik beradik ke Petrosains.
Weehee~~ ^_^

Sebenarnya memang dah lama saya berjanji dengan adik saya Izzah tu nak bawa dia ke Petrosains (masa tengah periksa SPM) dulu. Masa tu Izzah baru lepas  UPSR. Lepastu bertangguh-tangguh sampailah Izzah masuk asrama Form 1.. Huwaaa!! Lama giler dia tunggu kot!! Sabar jelah dapat kakak macam saya nih!

So, first time dia balik cuti dari asrama saya terus ajak dia ke Petrosains, walaupun dalam hati malasnya nak pergi hanya Allah yang tahu! Tapi sebab dah berjanji, saya bawalah adik2 berjalan juga.

Kitorang pergi naik komuter and then tukar naik LRT sampai KLCC. Sampai je sana straight ke Petrosains! So, bermulalah penerokaan kami ke dunia SCIENCE. Best kot! Tak tipu!!

Banyak ilmu baru & pengetahuan yang saya dapat di sana... Ada pasal fizik form 4 & 5 (pressure, hydraulic jack, waves, magnetic induction, kilat)..Ilmu yang berkait dengan fizik memang bayak gilerrr kat Petrosains! Kira macam revise balik subjek SPM dulu.

Ngee~~ pergi mana2 pon, comfirm akan jumpa balik apa yang kita pernah belajar selama ni.

Pasal Chemistry pon banyak jugak (hydrocarbon, polymer, bonding2 between molecule, sendimentation <--eh? Ni chemist ke Bio ah? x ingat dah). Dan banyak lagi...

Tapi pasal Biology macam tak de je. Ye ke? Sedikit penerangan pasal Crime Investigation. Bagaimana dari percikan darah, kita boleh tahu penjenayah itu bunuh guna senjata apa. Pistol ke, pisau ke, kayu besball ke... <-- maybe this one related to Biology.

Bagi mereka yang dah bersekolah menengah dan ke atas maybe boleh faham secara detail penerangan kat Petrosains tu. Sebab ilmu yang ade kat sana agak berat2 jugak lah.. Yang simple2 ada, tapi tak banyak. Untuk budak sekolah rendah agak sukar kot... Diorang maybe lebih minat nak main2 kat sana (maklumlah banyak games!)

Lebih kurang 3 jam dalam Petrosains, kitorang pon keluarlah sebab nak solat zohor. Itu pon banyak station dalam tu yang kitorang skip tak pergi. Sumpah saya cakap, Petrosains dalam dia besar giler!! Kalau nak pergi setiap station memang lama lah duduk dalam tuh.. Kalau betul2 datang sana nak cari ilmu, better korang spendkan one whole day dalam tu. Fahamkan kejadian2 sains di sekeliling kita,, Subhanallah! Memang hebat!

Permainan sains dalam tu memang best disamping korang boleh tambah ilmu pengetahuan. Adik saya Izzah, Ain & Ariena excited giler time masuk dalam tube taufan tu. Ade angin taufan kencang gile tiup diorang dalam tube. Habis baju & tudung semua terbang!! Hahaha.. Pengalaman...

Pasal astronaut kat angkasa lepas pon best jugak! Bagaimana mereka nak berus gigi.. Ade video yang menunjukkan kat sana diorang terpaksa telan balik ubat gigi + air liur selepas siap memberus gigi. Sebab takkan nak ludah pulak kan?? Habis terapung2 lah air ludah tu nanti.. Geli kot!

Overall pergi Petrosains adalah sangat best & tak mengecewakan kalau niat kita nak tambah ilmu baru.
Ingat, islam & sains tak boleh dipisahkan! So, sebagai orang Islam, kita wajib mendalami ilmu ni.. Betul tak??
Kalau korang niat pergi sana nak enjoy gile2, baik pergi Times Square! Bole naik roller-coster!

Even korang dah pernah pergi sebelum ni, pergilah lagi Petrosains! *jadi tukang promote pulak nih. ;)

So, itu sahaja perkongsian pengalaman saya di Petrosains bersama adik2 :)
Moga bermanfaat buat ummah di luar yang berniat hendak ke sana.

Ikhlas daripada:
Aku Doktor Ummah

Friday, 30 January 2015

(Peserta Malaysia) Musabaqah Hafaz Al-Quran Peringkat MABIMS Tahun 2011

Cara Menjaga Hafazan Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbil a'lamin wassolatu wassalamu a'la rasulillah.
Bersyukur kita atas segala nikmat yg kte perolehi pada hari ini.

A very QUICK post kali ni, InsyaAllah!

 Sebenarnya saya terbaca satu post di facebook mengenai cara-cara menjaga hafazan Quran terutamanya bagi golongan penghafaz Quran. Bagi saya info ini amat penting untuk dikongsi bersama lebih-lebih lagi tentang kewajipan menjaga Al-Quran. So. saya akan MENG-KOPI-PASTA sahaja post tersebut ya!!

okeh.. here we go! Nah, baca bawah ni!

                                               
                                                  
                                                   


Bagi seseorang hafiz yang telah rasikh hafazannya, kekuatan mengulang bergantung kepada kekuatan daya ingatan yang dimiliki. Ada setengah-setengah hafiz yang betul-betul rasikh, mereka hanya mengulang satu juzuk dalam sehari, bermakna setiap bulan mereka khatam al-Quran sekali. Cara ini hanya dapat dilakukan oleh hafiz yang setidak-tidaknya sudah puluhan tahun dari masa khatamnya.

Walau bagaimanapun, secara umumnya kekerapan mengulang bagi mereka yang rasikh adalah dua atau tiga kalikhatam dalam masa sebulan. Ini adalah cara mengulang yang sederhana dan tidak membebankan sekiranya mereka betul-betul berdisplin dan beristiqamah.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan mereka setiap hari. Tanpa pengulangan ayat-ayat al-Quran, hafazan akan lupa secara beransur-ansur sekalipun seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat.


                                                     

Dalam mengulang-ulang hafazan yang telah lama diperolehi, Abu Najihat al-hafiz (2001:77-78) telah memberi beberapa peringatan kepada seorang penghafaz al-Quran:

A. Untuk lebih mendisplinkan masa dalam melaksanakan pengulangan, sebaiknya seorang hafiz mempunyai keyakinan bahawa memelihara dan menjaga hafazan adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan Allah s.w.t. 

B. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya dia mempunyai semangat bermusim dalam mengulangkaji hafazan. Janganlah sekali-kali mengulang satu kali khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan kerana dilanda perasaan malas. Kebiasaan sebagaimana di atas dapat menjejaskan hafazan dan boleh jadi lambat laun akan lupa hafazannya kerana diselimuti perasaan malas yang berterusan.

C. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh-nangguhkan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini,usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.

Tiga perkara di atas adalah sangat penting untuk diambil berat oleh golongan huffaz yang ingin berjaya dengan cemerlang dan mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat kelak.

                                                   


                                   Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraja'ah/I'adah)

Pengekalan hafazan (Muraja'ah/I'adah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya dia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu:

A. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz.

Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan malas untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat tersebut amat berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu untuk konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana wujudnya semangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka turut berperanan sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula malas dan lesu untuk mengulang hafazan.

B. Mendengar bacaan hafiz al-Quran.

Mendengar bacaan dari seorang hafiz al-Quran dapat memberi semangat kepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun cakera padat al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya, ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.

C. Mengulang hafazan bersama orang lain.

Cara ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebih mudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut.

                                                 

D. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat.

Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang agak panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membacanya di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar.

                                            

E. Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’.

Dengan mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu mendapat motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini kerana pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat genting. Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja dapat menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran malah turut memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran dengan peserta daripada daerah dan negeri lain.

Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ

PENYELIDIK-PENYELIDIK:USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAHPROF. MADYA AJMAIN BIN SAFARUSTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARIUSTAZ AZHAR BIN MUHAMMADUSTAZ IDRIS BIN ISMAILUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA2003


حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
                          

                                


ok. Harap entri kali ini bermanfaat buat ummah di luar!! :)
Ade satu kata-kata ni, saya nak share dengan anda semua..

                                    " Menghafaz ayat al-quran yang baru adalah SUNAT,
                                      tetapi mengulang hafazan lama adalah WAJIB ! "

Sekian sahaja dari : Aku Doktor Ummah 

Sunday, 11 January 2015

Majlis Perwakilan Pelajar SM IMTIAZ 13/14

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Syukur kepada Allah yang memberikan saya sedikit kesempatan pada hari ini untuk mencoret pengalaman serta cerita kehidupan saya di bumi Imtiaz Kuala Terengganu.

Serba sedikit pengenalan sekolah, sebelum masuk kepada tajuk entri saya pada hari ini.
First of all, SM Imtiaz, KT adalah sekolah saya semasa berada di tingkatan 4 dan 5. Dua tahun di Imtiaz telah mengajar saya banyak ilmu perantauan, berdikari, kepimpinan, dan beribu lagi ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan saya.... ;)


     

Barisan MPP banat ^_^



Barisan MPP banin  0_o


So, post kali ni saya dedicatedkan untuk sahabat MPP 13/14 SM Imtiaz,KT. Ok.Semua orang tau yang MPP ialah Majlis Perwakilan Pelajar yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal pelajar di bawah arahan pihak pengurusan sekolah. Pelbagai kenangan indah yang saya ingin kongsikan di sini ketika memegang amanah tersebut bersama rakan-rakan yang lain.



            
   Gambar ketika di Airport sebelum bertolak ke Sarawak 
                                             

Pada awal perlantikan kami, memang rancak, gegar & gempak la kitorang berbincang pasal perkara-perkara yang kitorang nak buat sepanjang tempoh kepimpinan. Hampir tiap-tiap malam buat meeting kat bilik gerakan. Habis masa menghafaz quran  kitorang sapu jgak nak buat meeting punya pasal.. (sempat la dalam 30 minit menghafaz)... so, wujudlah beberapa pelan tindakan yang kedengaran gempak untuk pelajar sekolah macam kami...

Pastu, bila masuk Form 5,,, aktiviti kepimpinan kian menggila sebab x busy lagi dengan SPM. Kitorang rancang untuk buat Karnival Dakwah Peringkat Kebangsaan kat sekolah. Wow!! Karnival tu memang first time untuk sekolah kami. So, kitorang ni kira macam perintis la. Hohoho... (bangga sket) lepas tu bertalu-talu lah meeting pihak kepimpinan pelajar dengan kepimpinan sekolah.. Bunyi macam gempak jer sebab kitorang baru Form 5 time tuh!!

Time ni, memang MPP busy giler (especially Mr. Presiden, Naib Presiden & Setiausaha MPP).... kalo kt koridor kelas tu memang obviously nampak diorang ni ke hulu ke hilir nak menyiapkan kertas kerja. Even x masuk banyak kelas, result exam diorang still gempak giler!! At the end, the carnival was a success... Alhamdulillah..

Ingat lagi dulu kitorang (MPP banat) buat meeting & usrah dlm bilik sampai pukul 1 pagi, sometimes sampai pukul 2 pagi.. Dulu bilik MPP (bilik 16) adalah bilik yang agak bising kat aras 4 tu,, Fuhh! pernah kena tegur dengan adik2 skali,, Memang sentapp jgak la.. Mana bole MPP buat bising, nanti pelajar2 lain lagi naik hantu! Tapi, kadang2 terlepas jgak la ketawa masing2.. dah x bole tahan, klakar sgtlah agaknya.



Gambar bilik MPP 

Ni paling bersih & kemas yang kitorang mampu sepanjang
 tempoh duduk bilik tu
^_^


Kat karpet tu la biasanya kitorang buat usrah & meeting!!
Rindunye bilik ni!!
:)
                                                        
Kalo nak cerita bab bertugas, macam2 hal terjadi.. ade yang kena bertugas tekan loceng asrama, jaga pagar asrama tapi skali skala terbangun lewat daa..memang haru btol lah! Ya, itu semua adalah kenangan terindah dalam hidup kami. Bukan bermakna bila anda memegang tampuk kepimpinan, anda harus perfect!  tidak membuat apa2 kesalahan! Kita semua masih belajar,,, pasti ade juga silap & salah ketika memimpin.

Dear all MPP 13/14,
Berjuta kenangan kita ukir bersama2 ketika menjalankan tugas,, gelak, ketawa, menangis & berduka adalah adat dalam kehidupan kita. Kita saling memotivasikan diri antara satu sama lain, berkongsi masalah & menyelesaikan bersama2.. tu lah nama dia ukhuwah!



Rak buku yang penuh buku SPM a.k.a. pantri kami!

So, bila dah nak dekat bulan 7-8 camtu, kitorang semua letak jawatan dan beri kepada kepimpinan yang baru (adik Form 4). So, time ni kitorang dah memang x involve dengan aktiviti sekolah sebab dah fokus giler untuk SPM. Rutin harian masih sama bila dah jadi pelajar biasa balik, cuma jadual kelas tambahan kian pack! Biaselah nak SPM kan... Semakin hari kita semua makin dekat tarikh SPM, and lastly we all fight till the end! Alhamdulillah!!

Overall, menjadi MPP telah mengajar saya & sahabat2 MPP yang lain untuk menjadi lebih matang. Berfikir bukan lagi untuk diri sendiri, tetapi untuk pelajar2 lain. Setiap keputusan yang hendak dibuat akan melibatkan semua pelajar..
Jalan kepimpinan ini merupakan antara jalan yang mentarbiah diri kami sebelum menjejak alam universiti kelak.

So, kepada adik2 yang baru memegang tampuk kepimpinan, ingatlah ianya bukan kuasa yang diberi sewenang-wenangnya, tapi adalah amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat nanti. Semoga pengalaman ini bermanfaat buat kami, juga insan2 lain di luar sana.

Thats all perkongsian pengalaman menjadi sebahagian ahli MPP tahun 2013/2014.

Ikhlas daripada,
Aku Doktor Ummah ^_^
~coretan lepas SPM~