Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillahirabbil a'lamin waasolatu wassalamu a'la rasulillah wa a'la aalihi wasohbihi wassallam.
Entri kali ini saya akan mnceritakan mengenai kehadiran seekor anak kucing dalam keluarga kami.
In Shaa Allah saya akan kaitkan entri ini dengan konsep bersyukur.
Ayah jumpa anak kucing ni dalam longkang sambil berjalan terhinjut-hinjut. Kasihan dia...
Badannya putih, tetapi kelihatan kotor mungkin dipalit tanah lumpur dari longkang. Ayah membawa anak kucing itu pulang ke rumah. Badannya kurus,,, sayu hati melihat anak kucing sebegitu rupa.
Mungkin sejak lahir, dia belum pernah merasa pelukan & jilatan seekor ibu kucing, kerana itu keadaannya kurus, menggigil berjalan & suaranya amat halus mengiaw.. Kami menamakan dia Snow, kerana bulunya yang putih bersih.
Saya hanya sempat menjaganya 4 hari sebelum dia mati. Snow mengejutkan saya setiap malam dengan suara halusnya. Pukul 3 a.m, pukul 4.30 a.m & pukul 6 a.m. Kasihan Snow kesejukan... Snow beberapa kali kencing atas seluar saya apabila saya beri Snow minum susu & madu.
Snow tidak mampu berjalan, badannya terlalu lemah. Saya dan mama bawa Snow berjumpa dengan Veterinar. Vet cakap Snow tak dapat hidup lama kerana paru-parunya ada air.. Sekali lagi kasihan anak kucing ini. Sudahlah lahir tidak kenal ibu serta adik beradiknya, hidup pula sakit sukar bernafas.
Sebab itu setiap kali saya beri Snow makan, dia tak mahu.. Rupanya Snow sukar untuk makan sambil bernafas menggunakan mulut pada masa yang sama. Kasihan Snow..
Akhirnya saya beri Snow minum air madu sahaja. Minum menggunakan syringe. Moga dia mendapat tenaga dengan cepat. Selepas semalaman, Snow semakin kuat. Saya sangka nyawanya dapat bertahan lama. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia.
Pada saat-saat akhir hayat Snow, saya selimutkan dia sebab suhu agak sejuk memandangkan hujan turun dengan lebat tak berhenti. Saya usap kepalanya sambil berdoa moga Allah hentikanlah penderitaan Snow. Jika Allah mahu sembuhkan Snow, maka panjangkanlah umurnya, jika sebaliknya, ambillah nyawanya agar Snow tidak hidup tersiksa.
Tidak sampai 5 minit selepas itu, Snow mengiaw halus, saya lihat badannya terangkat, mulutnya ternganga, mungkin sakaratul maut. Tak lama selepas itu, Snow senyap tidak bergerak lagi. Snow sudah pergi untuk selama-lamanya.
Saya tahu Allah memakbulkan doa saya tadi.. Dalam hujan lebat, waktu yang mustajab berdoa. Snow, saya jaga mungkin 4 hari sahaja, tetapi memori manjaga anak kucing yang sakit memberi saya satu iktibar.
Iktibar buat diri yang sering tidak bersyukur. Lihat Snow, anak kucing yang tidak pernah merasa kasih sayang ibunya, jatuh ke dalam longkang sehingga air longkang memasuki paru-parunya, masih kuat semangat untuk meneruskan hidupnya biarpun jalan terhinjut-hinjut.
Tapi kita bagaimana??
Kita lahir dalam sebuah keluarga yang lengkap. Ada mama, ayah, abang & adik-adik. Hidup kita sihat, mungkin jika sakit sekadar demam atau luka kecil. Ketika kecil, kita ada ibu yang menjaga ketika kita sakit, lapar, letih & sebagainya. Sehingga hari ini kita masih mampu berjalan di atas bumi Allah dengan nikmat sihat yang dikurniakannya.
Snow, hanya anak kucing, mungkin masih bayi saya rasa. Namun, hidupnya di dunia hanya sekejap tetapi Allah beri dia ujian yang maha hebat. Tidak lain tidak bukan, adalah untuk dijadikan pengajaran wahai manusia sekalian...
Masih tidak bersyukurkah kita?
Benarlah firman Allah, lihat sahaja kepada makhluk ciptaannya, langit, gunung ganang, haiwan, pokok serta berjuta lagi makhluk lain. In Shaa Allah kita mampu muhasabah diri.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar!
Hanya meminjamkan seekor anak kucing buat kami sekeluarga selama 4 hari. Kami mula sedar akan kealpaan kami selama ini. Tidak terkira nikmat yang Allah sudah berikan kepaa kita selama ini, kenapa kita masih tidak bersyukur?
Mungkin, bagi sesiapa yang membaca entri ini akan ada yang berkata, "alah, mati anak kucing je pon, dah sedih giler,,". Tapi, saya nak bagitahu, wahai ummah yang saya kasihi sekalian, lihatlah cerita Snow ini dengan mata hati, jadikan iktibar & muhasabah diri kita semula. Jangan hanya kerana seekor anak kucing, hati kita masih hitam keras!!
Terima kasih Snow kerana mengajar saya sesuatu! Iaitu bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada saya!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah Ya Allah!!
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini,, moga masih ada ummah diluar yang turut mengambil pengajaran.
Biar kita menjadi permata Islam yang berkilau, jangan menjadi pepasir yang bertaburan di pantai. Hanya dipijak!
Tidak berbakti untuk Islam. Cukuplah kita tarbiah diri sendiri dahulu, In Shaa Allah suatu hari nanti kita mampu mentarbiah insan lain.
Wallahu a'lam....
Ikhlas daripada :
Aku doktor ummah yang sayang kucing! :)