Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
So, post kali ni nak share pasal aktiviti minggu lepas iaitu,,,, Ziarah IQKL... Sekolah lama saya ketika di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Alhamdulillah ziarah kali ini saya dapat berjumpa kembali dengan guru-guru yang telah mengajar saya selama 3 tahun di IQKL.
Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan yang cikgu lakukan untuk saya. Tidak lupa juga segala ilmu yang cikgu berikan kepada saya.
Yang paling saya excited skali adalah apabila dapat jumpa dengan guru hafazan pertama dalam hidup saya iaitu Ustazah Hazwani. Jazakillahu khairan jaza'. Ustazah ni telah banyak bersabar ketika mendengar setiap ayat hafazan saya. Maklumlah time tu baru mula- mula menghafaz Al-Quran. Nak tasmik satu muka adalah dalam 3-4 hari. Haishh,,,, lambatnya... Ya Allah sabarnya insan ini mendengar saya tasmik.
Tapi sayang saya tak sempat nak bergambar dengan ustazah hazwani ;(
Lepastu saya sempat jumpe dengan Ustazah Aminah Nawari. Seorang lagi insan yang hebat dan berperanan penting dalam dunia hafazan saya. Kata-katanya lembut dan penuh hikmah...
Teringat sewaktu malam pertama di IQKL saya tak mampu nak menghafaz walaupun setengah muka juzuk 1. Saya menangis kerana takut ustazah marah pada keesokan pagi atas sebab tak mampu untuk hantar hafazan baru. Malam tu, Ustazah Aminah mengatakan sesuatu yang amat bermakna buat saya iaitu 'tak mengapa jika kita rasa tertekan dan sedih sebab tak dapat menghafaz al-quran buat pertama kali. Kerana ini lebih baik daripada tertekan tentang perkara lain (perkara dunia)' .
So,buat sahabat-sahabat serta adik-adik yang baru nak mula menghafaz Al-Quran, dan rasa tertekan atau rasa tak mampu nak menghafaz, ingatlah ini baru permulaan. Kuatkan semangat anda untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran. InsyaAllah anda pasti boleh!
Tapi, saya tak berkesempatan nak berjumpa dengan seorang lagi guru hafazan saya iaitu Ustazah Khairul Jazai'yah (kitorang panggil Zah KJ).
Zah KJ ni pula guru tasmik saya masa di tingkatan 2 hingga tingkatan 3. Ustazah ni tak ada masa saya ziarah IQKL hari tu. Sedih la jugak.. ;(
Zah KJ adalah insan pertama yang mengajar saya untuk membaca satu juzuk straight depan dia setiap kali lepas tamat tasmik juzuk tersebut.
Wow, mula-mula saya ingat mustahil kot nak baca satu juzuk straight (tanpa lihat al-quran). Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan, kita mampu lakukan! ^_^
Ok, sudah panjang lagi berjela saya berkongsi cerita disini... harap bermanfaat buat ummah di luar yang turut menghafaz al-quran.
Okay, moral of the story is, siapa pun kita pada hari ini ingatlah ia adalah hasil didikan insan-insan yang hebat ini (guru).
Terima kasih cikgu! Terima kasih ustazah!
Ikhlas daripada :
Aku Doktor Ummah ^_^
Tuesday, 30 December 2014
Monday, 29 December 2014
Resepi Cheesekut Strawberry ;)
Alhamdulillah hari ini nak share resepi cheesekut rasa strawberry yang sudah di modified..
okeh, ini cerita pagi tadi. so have a look!
Ni bahan-bahannya..
Sunday, 28 December 2014
First try :)
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga buat blog pertama kali.. coretan kali ini just nak testing post, hehehe.... Apapun, niat di hati saya adalah untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama ummah di luar.
Okeh, untuk first time post ni memang nothing special pon.. sebab saya baru belajar buat blog :). Banyak ilmu lagi yang hendak dipelajari, mohon anda semua share lah cara nk upgrade lagi blog nih ye!
InsyaAllah dalam masa terdekat ni lagi banyak perkara yang akan saya share, maklumlah baru lepas SPM. So, memang teramat free sekarang ni. Dari resepi memasak, pengalaman interview UNITEN baru-baru ni, aktiviti cuti lepas SPM dan banyak lagi yang nak di share kt sini..
Semoga blog ini bermanfaat buat ummah tercinta sekalian.. InsyaAllah.
Rabbi yassir wala tu'assir ^_^
Ikhlas drpd,
Aku Doktor Ummah :)
12.19 a.m

29.12.2014
Subscribe to:
Posts (Atom)