Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
So, post kali ni nak share pasal aktiviti minggu lepas iaitu,,,, Ziarah IQKL... Sekolah lama saya ketika di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Alhamdulillah ziarah kali ini saya dapat berjumpa kembali dengan guru-guru yang telah mengajar saya selama 3 tahun di IQKL.
Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan yang cikgu lakukan untuk saya. Tidak lupa juga segala ilmu yang cikgu berikan kepada saya.
Yang paling saya excited skali adalah apabila dapat jumpa dengan guru hafazan pertama dalam hidup saya iaitu Ustazah Hazwani. Jazakillahu khairan jaza'. Ustazah ni telah banyak bersabar ketika mendengar setiap ayat hafazan saya. Maklumlah time tu baru mula- mula menghafaz Al-Quran. Nak tasmik satu muka adalah dalam 3-4 hari. Haishh,,,, lambatnya... Ya Allah sabarnya insan ini mendengar saya tasmik.
Tapi sayang saya tak sempat nak bergambar dengan ustazah hazwani ;(
Lepastu saya sempat jumpe dengan Ustazah Aminah Nawari. Seorang lagi insan yang hebat dan berperanan penting dalam dunia hafazan saya. Kata-katanya lembut dan penuh hikmah...
Teringat sewaktu malam pertama di IQKL saya tak mampu nak menghafaz walaupun setengah muka juzuk 1. Saya menangis kerana takut ustazah marah pada keesokan pagi atas sebab tak mampu untuk hantar hafazan baru. Malam tu, Ustazah Aminah mengatakan sesuatu yang amat bermakna buat saya iaitu 'tak mengapa jika kita rasa tertekan dan sedih sebab tak dapat menghafaz al-quran buat pertama kali. Kerana ini lebih baik daripada tertekan tentang perkara lain (perkara dunia)' .
So,buat sahabat-sahabat serta adik-adik yang baru nak mula menghafaz Al-Quran, dan rasa tertekan atau rasa tak mampu nak menghafaz, ingatlah ini baru permulaan. Kuatkan semangat anda untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran. InsyaAllah anda pasti boleh!
Tapi, saya tak berkesempatan nak berjumpa dengan seorang lagi guru hafazan saya iaitu Ustazah Khairul Jazai'yah (kitorang panggil Zah KJ).
Zah KJ ni pula guru tasmik saya masa di tingkatan 2 hingga tingkatan 3. Ustazah ni tak ada masa saya ziarah IQKL hari tu. Sedih la jugak.. ;(
Zah KJ adalah insan pertama yang mengajar saya untuk membaca satu juzuk straight depan dia setiap kali lepas tamat tasmik juzuk tersebut.
Wow, mula-mula saya ingat mustahil kot nak baca satu juzuk straight (tanpa lihat al-quran). Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran dan kegigihan, kita mampu lakukan! ^_^
Ok, sudah panjang lagi berjela saya berkongsi cerita disini... harap bermanfaat buat ummah di luar yang turut menghafaz al-quran.
Okay, moral of the story is, siapa pun kita pada hari ini ingatlah ia adalah hasil didikan insan-insan yang hebat ini (guru).
Terima kasih cikgu! Terima kasih ustazah!
Ikhlas daripada :
Aku Doktor Ummah ^_^
No comments:
Post a Comment